Tuesday, July 23, 2013

My Dream Places..

My dream Places..
Semua orang pasti ada keinginan. Bagi saya keinginan itu salah satu petanda seseorang itu masih hidup. Dan keinginan itu akan menjadi sebab untuk mereka terus  hidup. Menjadi sebab untuk mereka terus kuat menghadapi segala rintangan dalam kehidupan. Masing-masing ada keinginan yang berbeza. Sama ada dari segi pekerjaan, keluarga, makanan atau TEMPAT sekalipun. Manusia akan terus berkeinginan, dan bagi saya ia adalah satu perkara yang wajib. Mungkin bagi orang lain, ia seakan-akan angan-angan kosong, dan kita sedang membuang masa. Tetapi abaikan saja. Anda sedang membuktikan, anda adalah manusia bukan robot yang hidupnya hanya diprogramkan, jauh dari dan cita-cita dan kehendak yang ingin dicapai. Untuk mereka yang punya impian dan keinginan, saya ucapkan tahniah. Kerana anda berjaya membuktikan anda adalah manusia.

Saya ada banyak tempat yang telah saya pergi selama saya hidup. Namun, banyak lagi tempat yang belum pernah saya pergi. Jadi saya punya keinginan untuk pergi ke beberapa tempat.

1. Saya mahu ke syurga. Saya tahu, saya tak layak ke syurga Tuhan,saya Hamba yang kaya dosa.  Tapi saya juga tahu saya adalah Hamba kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, lalu saya setiasa mengharapkan kerahmatanNya. Saya mahu berkumpul dengan manusia yang baik-baik di sana. Mausia yang hatinya ikhlas dan cinta mereka hanya pada Allah. Mereka yang cintakan keamanan dan perdamaian dan mereka memiliki akhlak mulia. Sudah tentu. Kerana mereka ahli syurga. Subhanallah.

Saya juga mahu berjumpa dengan Rasulullah, sahabat-sahabat Baginda.Berkumpul bersama mereka. Mahu mendengar cerita dari mereka. mahu melihat rupa-rupa mereka yang terlebih dahulu memperjuangkan agama Allah. Dan terlebih lagi, saya mahu mendengar cerita sebenar sendiri, dari mereka. kerana membaca buku-buku sejarah, kadang-kadang saya merasakan penulis tidak mungkin mampu penilaian yang setepatnya terhadap para sahabat Rasulullah.

Saya mahu bertemu dengan ahli ilmu, sama ada dari golongan Tabiin, atau Tabii’ tabiin. Mereka yang kaya dan cinta dengan ilmu. Saya mahu sekali bertemu mereka. Demi Allah. Apa lagi kebahagiaan selain dari berada di syurga bersama-sama mereka yang mencintai Allah dan RasulNya. Walaupun saya ini Hamba yang berdosa, sangat jauh dan kerdil mahu dibandingkan dengan mereka, saya tetap mahu terus bercita-cita. Saya mahu ke syurga, berkumpul dengan mereka. Ya Allah..

2. Saya mahu jadi Tetamu Allah. InsyaAllah kalau dipermurahkan rezeki. Ingin sekali menunaikan Rukun Islam kelima. Berkumpul bersama keluarga besar saya. Bertemu dengan saudara mara saya dan menumpahkan cinta pada mereka. Melawat tanah kelahiran Rasulullah dan tempat Baginda mula-mula menyampaikan Dakwah Islamiyyah. Tapi, untuk impian ini, saya akan utamakan ibu bapa saya dulu. Moga mereka dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki untuk menunaikan Haji dan Umrah. Insya-Allah. saya juga harap saya berpeluang utuk menunaikan solat di tiga masjid utama Ummat Islam. 





3. Saya mahu mengelilingi dunia! Saya mahu pergi ke tempat-tempat bersejarah di dunia. sama ada sejarah tamadun ummat Islam atau sejarah Tamadun lain. Melihat kesan peninggalan sejarah, dan meluaskan pengetahuan tentangnya. Tak kira di sudut mana dalam dunia, saya mahu pergi ke sana dan melihat sendiri. Saya mahu bertemu dengan masyarakat di sana, belajar sejarah dan peradaban mereka dan mengetahui budaya mereka. Saya juga mahu melawat perpustakaan-perpustakaan yang ada di dunia. Melihat tempat disimpan khazanah keilmuan. Saya sangat menginginkannya.

Athens


Strahov Theological Hall – Prague, Czech Republic


4. Saya mahu pergi ke tempat yang tenang dan selamat. Jauh dari hiruk-pikuk manusia. Sendirian. Di perbukitan, di kawasan tanah lapang dan di kawasan hutan atau air terjun. Saya sentinsa mengangankannya. Walaupun seakan mustahil untuk ke sana, tambahan pula sendirian. Tapi saya berdoa moga Allah izinkan jua. Saya mahu duduk di kawasan bukit,, bersih dan sendirian. Termenung atau membaca buku. Subhanallah.



^_^ May Allah Bless. tapi sejujurnya saya rasa hidup sangat singkat untuk memenuhi semua impian saya ini. Tapi saya akan tetap terus berimpian. :)


Monday, July 22, 2013

O, Lord! Forgive Me.. :'(

Assalamualaikum.
Membaca satu artikel dari Productive Muslim. Ada menyebut, tulislah keinginan-keinginan anda dan banyakkanlah berdoa di bulan Ramadhan ni. Terfikir, saya tak pernah pun tulis apa yang saya mahu. Banyak angan-angan kosong je. Let’s start!

1.       Saya mahu saya dan seramai mungkin orang di sekeliling saya masuk syurga dan dijauhkan dari azab api neraka.
2.       Saya ingin sekali bertemu  dengan Tuhan saya di syurga. Dengan persembahan yang terbaik.
3.       Saya harap saya dapat bertemu Rasulullah dan sahabat-sahabat Baginda di syurga. Bercerita dengan mereka tentang kisah-kisah di zaman mereka.
4.       Dapat minum air telaga Al-Kautsar dari tangan baginda. Memperoleh syafaat baginda.
5.       Saya mohon Allah ampuni dosa saya dan dosa-dosa ummat Islam lain. Dosa semalam, hari ni dan di masa depan.
6.       Saya harap Allah akan teruskan kurniakan saya dan teman-teman Muslim dan bukan Muslim Hidayah dan Taufiq. Moga Dia tunjukkan saya jalan yang paling benar.
7.       Saya mohon agar Allah kurniakan Taqwa kepada saya dan lain-lain. Agar kami takut berbuat dosa dan bersungguh-sungguh buat kebaikan.
8.       Saya harap saya istiqamah dengan perkara kebaikan. Saya mahu bersungguh-sungguh menyeru manusia ke jalan kebaikan.
9.       Saya sangat mahu jadi orang yang berakhlak baik dan menjauhi sifat-sifat Mazmumah. Moga Allah cuci hati saya. Dan penuhkan hati ini dengan cinta pada agama dan ummah.
10.   Moga Allah permudahkan urusan saudara-saudara saya yang berjihad di Syria, Palestin dan Mesir. Moga Allah kurniakan kepada kami, kemenangan dengan pertolonganNya.
11.   Moga Islam kan kembali berdaulat di dunia. Moga Allah kurniakan kemenangan kepada pejuang agama yang ikhlas. Dan moga saya tergolong dalam pejuang agama yang ikhlas itu.
12.   Semoga Allah sudi pinjamkan saya ilmuNya. Saya sangat ingin sekali menjadi orang yang faham agamaNya.
13.   Saya mahu jadi anak solehah yang berbakti kepada ibu bapa.
14.   Saya mohon agar Allah kurniakan kepada saya suami yang soleh, dan keluarga yang sakinah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.
15.   Semoga saya jadi ibu yang solehah untuk mendidik generasi pewaris Nabi.
16.   Semoga Allah permurahkan rezeki dariNya untuk saya dan keluarga. Dan kehidupan kami penuh dengan kerahmatan dan keberkahan dari Allah.
17.   Saya mahu jadi orang yang paling bermanfaat kepada manusia lain.
18.   Saya mahu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan agar saya mampu membawa izzah pada agama dan menggembirakan hati ibu bapa.
19.   Moga Allah beri keizinan untuk menunaikan Haji dan Umrah dan bermusafir di sekeliling dunia mengutip  ibrah.
20.   Semoga Allah lindungi saya dari fitnah di akhir zaman.
21.   Semoga Allah mengurniakan saya pengakhiran yang baik. husnul khatimah. Jauh dari azab kubur dan dihindari dari fitnah Dajal.


Banyak lagi sebenarnya. Tapi mungkin cukup ini dulu. Rasa malu bila list terlalu banyak.  Waktu untuk berusaha dan banyak berdoa!