Saturday, June 15, 2013

Oh! Jatuh cinta..?





Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang CINTA. Bukanlah kerana saya sedang dilamun cinta dan merasakan ‘keindahan’ cinta itu memanggil saya untuk menulis tentangnya. Cuma Cinta itu buat saya pelik, dan saya rasakan ia unsur yang unik. Kita tak perlu pelik dengan cinta ibu kepada si anak, kerana tidak diragui lagi perasaan itu memang Allah telah tumpahkan pada wanita yang mengandungkan bayinya selama sembilan bulan. Cinta ayah keada anaknya yang menggerakkan tulang empat keratnya mencari pendapatan untuk kegunaan kelurganya. Tapi apa yang menjadi persoalan di sini, adalah tentang cinta lelaki dan perempuan yang bukan mahram. 



Sama ada seorang lelaki yang jatuh cinta pada perempuan atau si perempuan yang jatuh pada lelaki. Kita tolak tepi dulu tentang kisah coupling. Bukan niat saya di sini untuk membincangkan halal atau haram coupling itu. Kita serahkan pada yang lebih pakar. Lagipun berlambak sudah ulama’ internet yang membincangkan isu tersebut. Dan berlambak juga masalah itu yang masih membelenggu diri remaja Islam, sahabat-sahabatku tesayang. Sama ada remaja itu seorang yang ala Islamik. Berpacaran dengan label islamis, atau yang berpasangan hanya atas label hawa’ [baca : nafsu].

Jadi semua perkara ini buat saya terfikir. Tentang Cinta. Cinta ada pelbagai cara. Jatuh cinta juga ada pelbagai asbab yang membawa kepada jatuhnya ia. Mungkin sebab manusia tu baik, cantik, kaya, sederhana, kacak, menarik, atau otai sekalipun. Semua itu boleh jadi sebab jatuh cinta. Lalu, saya terfikir kenapa anda memilih dia (orang yang dicintai itu?) Kalau benar kerana cantik, bukankah ramai lagi yang lebih cantik dari dia. Kalau kerana kaya, berlambak lagi yang kaya. Kalau benar kerana apa jua sebab, bukankah ada yang lagi hebat dari dia?

Lalu datang sang pencinta sejati memberitahu cinta itu tak perlukan sebab. Ia fitrah. Datang tanpa diduga, pada sesiapa saja. Ia adalah kurniaan dari Yang Maha Cinta, lalu siapa kita untuk mempersoalkannya? Oh, kalau datang alasan sebegini saya memang tak boleh nak berhujah apa lagi.

Tapi saya tetap tak bersetuju. Kerana sehingga kini, saya berpendapat, untuk jatuh cinta atau tidak, itu adalah pilihan kita. Anda yang memilih untuk jatuh cinta, kenapa direbahkan salah pada yang lain. Tapi biasanya orang jatuh cinta tak menyalahkan orang lain, kerana perasaan orang yang jatuh cinta ini indah-indah belaka.

Sekali lagi saya tekankan, Cinta yang saya bicarakan di sini adalah cinta antara lelaki dan perempuan. Bagi saya cinta itu mudah. Dan kita sebenarnya yang memilih untuk jatuh cinta atau tidak. Tidak setuju? Tidak mengapa, saya sendiri tidak seratus peratus meyakini benda ini kerana bagi saya ia hanya hipotesis dan subjek eksperimen saya adalah diri saya. Saya yang memilih untuk tidak mudah jatuh cinta [kepada lelaki asing - bukan orang asing such as Bangla, atau Lombokian, atau bukan juga makhluk asing ya]

Iaitu dengan mengalihkan cinta itu. Anda punya matlamat hidup atau impian yang anda ingin capai? Anda seorang Hamba Tuhan yang mahu patuh padaNya? Saya rasa perkara itu sudah cukup untuk membawa kita memilih untuk tidak jatuh cinta dengan mudah, kepada sesiapa saja.

Belajarlah untuk melihat ke hadapan. Melangkau pandangan jauh ke hadapan. Bukan hanya mereka yang sekeliling anda, baikkah dia, hensemkah dia, cantikkah dia, solehkah dia. Tapi lihat manusia secara global. Jangan hanya sibuk mengira wang dalam poket anda ada berapa, result anda tinggi atau rendah, rumah anda luas atau sempit. Tapi lihatlah mereka yang langsung tiada duit untuk dibilang, atau rumah yang terlalu luas, berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah. Senang cerita, senang susah kita hari ini ada yang lagi teruk dan hebat diuji. Oh, kenapa tiba-tiba tersongsang ke cerita susah masyarakat dunia. Nak jadi ahli politik ke?

Tidak! Kerana saya percaya inilah formulanya. Bila anda mengalihkan perhatian anda kepada pelbagai perkara lain, dan anda percaya perkara tersebut lebih penting dan menuntut perhatian. Anda tidak akan sibuk dengan perkara leceh seperti membelek-belek perasaan sendiri. Aku sayang dia, aku jatuh cinta padanya atau ‘sebenarnya saya isteri dia’. Anda tidak hanya akan disibukkan dengan perkara ini. Kerana apabila anda memahami bahawa, orang di luar sana, yang terhimpit dalam kesempitan dan kesusahan dunia ini membuatkan ana rasa tugas anda banyak. Lalu, ia akan buat anda sibuk menegur dan mencemuh diri, bila anda hanya sibuk dengan kepentingan diri sendiri especially jatuh cinta. Sanggup anda sibuk bercinta sedangkan kat luar sana ramai yang sedang merana. Ummat Islam yang masih tak faham Islam, anak-anak yang tak dapat peluang pendidikan, ibu bapa yang terpaksa bekerja keras untuk anak-anak dan paling penting bila yang jahat terus membuli yang lemah, dan yang kaya terus mencekik yang miskin. Alah, sibuk fikir pasal tu, apa sangatlah yang kita boleh buat. Nak belajar pun pakai duit PTPTN. Ada hati nak tolong orang susah. Jawapannya mudah, kerana saya susah lah saya mahu bekerja untuk mereka yang susah. Apa nak diharap pada orang kaya kat luar sana?

Seterusnya, sebagai Hamba Allah yang berusaha untuk menjadi baik (sebab kita memang tak mampu untuk mencapai tahap tertinggi kebaikan). Bukankah agama telah menetapkan peraturan untuk menundukkan pandangan. Kerana saya percaya factor terbesar jatuh cinta adalah dari mata turun ke hati. Kalau mata tak memandang, hati pun tak bekenan. Mudah bukan. Anda jaga pandangan. Tapi bukan senang kan. Tambah-tambah dengan system Uni yang memang nak mencampur adukkan lelaki dan perempuan dengan alasan takut culture shock bila bekerja, sebagai persediaan di alam pekerjaan dan bla, bla..  Tipsnya adalah, buat tak nampak je orang di sekeliling anda. Be cool and professional. Sibukkan fikiran dengan fikir apa yang aku nak buat lepas ni, atau apa yang tak selesai lagi, ketika berjalan. Bukan sibukkan mata dengan mencari jejaka hensem, atau yang smart. Jadi, mata anda selamat. Hati anda pun selamat. Sila cuba tips ini!

Seterusnya, bercita-cita besarlah. Sebagai seorang perempuan islam @ muslimah. Sepatutnya anda bercita-cita suatu hari nanti untuk menjadi ibu yang baik. Melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Oh! Ini bukan cerita imam makmum atau tulang rusuk kiri dan kanan ya. Ini sudah menjadi kewajipan pada anda. Ya anda! Walaupun seteruk mana pun anda hari ini. Tapi bercita-citalah untuk itu. Jadi seharusnya anda tahu, untuk cita-cita anda terealisasikan, anda sebetulnya mula dengan mengubah diri. Membentuk diri menjadi baik. Kerana pada mendidik diri anda lah permulaan kepada mendidik anak-anak anda. Jadi seharusnya, soal jatuh cinta bukan pada masanya ini anda elakkan. Kerana ia akan melekakan dan membawa kepada pintu-pintu kemaksiatan yang anda sendiri tidak duga.

Otherwise, jadilah boss untuk diri anda. Bila tiba-tiba anda rasa terminat atau tersuka pada sesiapa, jangan dilayan sangat. Cepat-cepat muhasabah. Astaghfirullah. Mesti sebab kurang rasa cinta pada Allah, kurang zikir, kurang tahajjud, aku jadi meroyan kat orang lain macam ni. Lalu, cepat-cepat fikir semua ni mainan syaitan. Tak boleh dilayan sangat. Tingkatkan amal ibadah dan ingat balik matlamat hidup anda. Buat cool macam tak da apa-apa dan teruskan hidup anda. Ingat! Kalau betul pun anda jatuh cinta, be strong and jangan endah sangat. Awak adalah boss untuk diri awak. Be strong!

Antara caranya juga adalah, saya ingin meyakinkan anda semua bahawa sesungguhnya cinta sebelum masanya itu menyakitkan, menyusahkan, melalaikan. Keseronokan yang diperoleh hanya sementara. Ini berdasarkan pengalaman orang lain. So, choose wisely!

Saya pun pernah jatuh cinta [baca : terminat orang]. Tu pun masa Form 1, masa orang lain sibuk sembang diorang minat kat siapa. Saya pun rasa macam saya kena minat orang juga, fikirlah, mamat mana yang paling hensem yang saya pernah jumpa, jadi saya bagitahu kawan-kawan, saya minat mamat tu. Hahaha. Such a good joke, bila ingat balik. Jadi, siapa kata saya tak pernah jatuh cinta? Dan lagi kuat saya rasa, jatuh cinta itu adalah pilihan anda.





Salahkah jatuh cinta? Saya tak merasakan ia adalah salah. sebab, sebagaimana orang lain cakap, ia adalah fitrah. allahua'lam. Tapi saya melihat ia adalah perkara yang boleh mendorong kita kepada perkara-perkara yang lebih besar. Kita ini lemah. Kita tak tahu bagaimana cara nanti Allah menguji. Takut nanti jatuh cinta itu menjadi asbab ujian Allah pada kita. Sehingga kita terleka dan merasa dunia ini kita punya. Ketika itu tiada siapa lagi yang mampu menghalang. Kawan-kawan solehah di sisi anda sebelum ini pun, kita takut akan turut meninggalkan kita. Kerana saya percaya penangan cinta ini hebat. Jadi baiklah untuk kita mencegahnya. Setelah sampai masanya, tengoklah orang yang halal untuk anda itu sepuasnya dan jatuhlah cinta padanya setiap hari. Lalu, bersama-sama dengannya menuju impian dan cita-cita anda. ;) Tapi bagi yang telah jatuh cinta, saya tahu anda sebenarnya kuat dan mungkin ini ujian dari Allah. Saya mungkin belum teruji, lalu sesedap rasa saya mengeluarkan tulisan ini. Maafkan saya. Tapi anda harus ingat, dan anda harus percaya, anda sebenarnya kuat untuk menepis semua tu. 

p/s : Banyak lagi nak cakap sebenarnya, tapi cukup yang ini dulu. Anda bebas untuk tidak bersetuju. Moga Allah tak menguji kita di luar kemampuan kita. Astaghfirullah..



#FallinginLove #Youchoose :)


Sunday, June 2, 2013

When I grow up, I want to be....

Sejak kecil, bila ditanya guru, apa cita-cita awak. Saya hanya menjawab, “cita-cita saya nak jadi cikgu”. Walaupun pada ketika itu saya yakin, saya sebenarnya tak punya cita-cita, sekadar menjawab pertanyaan guru dalam kelas. Jawapan itu terus menjadi back-up untuk saya bagi menjawab soalan guru di dalam kelas di sekolah rendah.

Lalu, saya bergerak untuk lebih mengenali diri saya, apa yang saya paling cinta dalam hidup ini, itulah yang saya mahu pilih menjadi cita-cita saya. Lalu saya memilih untuk bercita-cita menjadi Doktor Haiwan. Saya mahu mengubati luka mereka. Saya mahu menyediakan meeka tempat berteduh, bila tiada manusia yang memilih untuk melindungi mereka. Saya mahu berkongsi makanan dengan mereka. Kerana hati saya sangat sakit melihat mereka disakiti, dan saya tak mampu untuk hidup tenang, kalau haiwan di sekeliling saya tak juga berbahagia.

From DevianART by lieveheersbeestje


Saya semakin cuba untuk mengenali diri, saya bukan hanya cintakan haiwan, tapi saya juga cintakan tumbuhan. Saya cintakan alam ini. Saya mahu ia terpelihara dengan baik. Saya yang kecewa dengan cara manusia tamak mengendalikannya. Saya mahu berbakti pada alam, dan mahu sentiasa dekat padanya. Lalu, saya memilih untuk menjadi ahli botani. Tapi ahli botani tetap tidak memuaskan hati saya kerana apa yang saya baca ketika itu, ahli botani hanya untuk perihal tumbuh-tumbuhan, bagaimana dengan haiwan? Saya masih ingat ketika saya membelek buku Ensiklopedia untuk mencari pekerjaan yang bersesuaian dengan apa yang saya cinta.


From Flickr


Saya semakin membesar. Ketidakmampuan saya untuk melindungi apa yang saya cinta, buat saya mengabaikan cinta itu. Saya abaikan cinta saya pada haiwan dan tumbuhan kerana saya merasa tak punya kuasa untuk membantu mereka. saya tak mampu melindungi kucing di jalanan yang saya jumpai. Saya tak mampu menghalang jentolak terus merodok pokok-pokok di hutan. Saya mula melupakan cita-cita dan cinta saya. Saya mula bercita macam-macam. Tapi akhirnya, saya tersungkur di bumi Maahad. Jurusan pelajaran yang saya ambil ketika di Menengah Atas, tidak memungkinkan saya untuk bercita-cita besar lagi. Saya terhenti di situ. Masih mencari dan tertanya-tanya, bagaimana saya akan mencorak hari esok saya?

Saya telempar lagi. Di daerah yang langsung tak pernah saya fikirkan. Yang tak pernah tersenarai dalam cita-cita apatah lagi cinta saya. Saya kini seorang pelajar jurusan undan-undang. Bidang guaman, tak pernah menjadi cita-cita saya langsung tak terlintas di fikiran. Kerana dulu, saya melihat kerjaya sebagai seorang peguam bukanlah untuk stok budak agama. Namun kini, kenapa tidak? Saya memilih untuk terus belajar dalam jurusan ini. Dan saya mahu menjadi peguam.

Kerana cita-cita saya lebih besar dari hanya untuk membela nasib haiwan dan tumbuhan. Saya mahu menjadikan dunia ini, tempat yang lebih baik untuk didiami. Saya mahu semua manusia berpeluang merasai kerahmatan hidup ini. Membela yang lemah dan miskin, yang tak punya kemampuan. Saya mahu mereka turut merasa dunia ini masih ada sinar untuk mereka. Mereka masih punya harapan untuk hidup yang lebih baik. Saya bercita-cita untuk hidup sederhana. Saya mahu dan saya mengharapkan, suatu hari nanti saya dapat hidup di dunia yang si kuat membantu si lemah dan si kaya membantu si miskin. Saya mahu agar ummat ini terdidik dengan agama. Saya bercita-cita agar manusia tak lagi mementingkan diri sendiri. Atau berpura-berpura di sebalik tembok kebaikan, tapi sebenarnya mereka hanya sedang mencari keuntungan sendiri.


From DevianArt by MothART



Lalu hari ini untuk apa saya belajar? Kerana tuntutan Tuhan. Untuk mereka yang nasibnya masih belum terbela. Saya belajar bukan kerana memikirkan hanya nasib keluarga miskin saya, tapi nasib mereka yang faqir, yang lebih memerklukan dari saya sendiri. Lalu saya belajar hari ini. Saya berharap saya bekerja esok untuk mereka. untuk manusia, haiwan dan tumbuhan yang telah lama tertindas. Saya tumpahkan cinta saya pada mereka. dengan harapan dunia ini terisi dengan cinta dan harapan. Allahul musta3an. Astaghfirullah. Moga Dia Redha.

What I Choose To Believe

Percaya.

Saya tersenyum. Facebook benar-benar mengajar saya banyak perkara. Facebook mungkin bagi orang lain adalah ruang yang membuang masa. Ruang yang menjadi punca kepada pelbagai masalah. Atau sudah ketinggalan zaman, berbanding Twitter, Insta, atau what so ever. Saya bersetuju, malahan saya merasakan keburukan Facebook bukan itu sahaja, banyak lagi.. jika anda menggunakan untuk perkara-perkara yang membawa kepada masalah tersebut, maka terimalah akibatnya.

Entah. Mungkin saya silap. Tapi saya melihat Facebook sebagai ruang untuk menggerakkan minda dan pemikiran saya. Dalam Facebook, saya berjumpa dengan orang yang sekepala dengan saya. Buat saya gembira dan senang hati. Tapi, juga mereka yang berbeza dengan saya, sama ada berbeza pendapat, kepercayaan atau lain-lain. Tapi merekalah yang memaksa minda saya untuk lebih berfikir dan bekerja, menilai kembali apa yang saya taklidkan sebelum ini. Dan saya bertemu dengan mereka yang jauh ke hadapan dari saya, menjadikan saya rasa dunia ini sangat luas, dan tugas saya sebagai manusia sangat banyak. Terlalu banyak. Mereka yang memperkenalkan saya pintu-pintu yang saya tak pernah jumpa, kalau saya hanya bergantung pada instinct saya -apa yang saya mahu baca, dan apa yang saya mahu tahu bukan apa yang saya perlu tahu.

Facebook benar-benar mencabar minda dan kepercayaan. Saya banyak belajar dari pengguna. Mereka yang bergerak berdasarkan apa yang mereka pilih untuk percaya. Bagaimana dengan saya? Tentunya saya ada pilihan tersendiri, untuk apa yang saya percaya. Tapi kenapa saya percaya? Saya tercabar bila melihat betapa besarnya perbezaan saya dengan manusia lain. Walau sekuat mana saya mendidik diri agar menerima perbezaan, tapi jauh di sudut hati, saya tetap berharap mereka turut memilih apa yang saya percaya. Tapi sayang, manusia memang berbeza.


Semua ini membuatkan saya tersenyum. Untuk apa saya terus pening memikirkan apa yang menjadi perbezaan. Teruslah bergerak. Kerana mereka yang berbeza itu sebenarnya sedang mengajar sesuatu. Kutiplah hikmah. Belajarlah dari silap dan betul mereka. Pilihlah untuk terus percaya.