Thursday, May 9, 2013

A girl, who want to be a LAWYER..

Princess by mechtaniya


Sejak kecil seorang budak perempuan membesar dengan kisah fairy tales. Seorang puteri berkahwin dengan putera raja idaman. Ataupun seorang rakyat biasa yang berkahwin dengan putera raja.

Seorang perempuan membesar dalam hidup penuh angan-angan. Mengharap mereka adalah Cinderella, ternanti-nati bilakah kereta labu akan membawanya berjumpa putera di istana atau pun si Beauty dalam cerita Beauty and the Beast, yang cinta tulusnya mampu menawarkan sihir pada putera raja yang kacak.
Bila mereka membesar sebagai remaja, mereka terus diulit mimpi dengan novel-novel cinta yang melambak di pasaran. Dan movie drama cinta khususnya cerita Korea yang melenakan lagi mimpi gadis-gadis. Berangan-angan kalaulah mereka dapat menjadi kekasih hati pelakon Korea yang kiut-miut itu.

Lalu mereka tergerak meniru stail gadis Korea yang putih dan comel. Terikut-ikut dengan gaya artis di kaca televisyen. Menunjuk-nunjuk agar tak terkalah dengan teman sekeliling. Mereka juga bercita-cita untuk menjadi popular. Dikenali ramai dan menjadi terkenal. Lalu mereka sanggup beratur panjang untuk audition di pelabagai rancangan reality tv.

Hal yang menjadi perbincangan mereka adalah mekap, artis, novel, filem, couple, gosip, fesyen. Perkara itulah yang sangat sinonim dengan wanita. Mereka mahu kelihatan cantik, matang, up-to-date. Dan tak mahu ketinggalan berbanding orang lain.

Lalu lahirlah gadis-gadis yang hanya tahu menghabiskan masa membelek jerawat di muka, berpusing-pusing di supermarket, berjam-jam mengadap laptop menonton movie, menghabiskan wang di saloon, membeli alat mekap dan baju mahal.

Kalau yang branding muslimah versi islamik pula, sibuk membaca novel cinta Islamik. Setiap hari sibuk memikirkan kriteria imam yang jadi idaman. Bercinta gaya ana enti. Berjubah manik berkilau, atau berpurdah mata bercelak.

Perempuan juga sinonim dengan sikap cerewet, cengeng, emosional, manja, suka membesar-besarkan perkara yang kecil, lambat, lembab, malas membaca buku-buku ilmiah atau artikel panjang, suka bercakap, suka bergosip, penakut, malas berfikil etc.. Dan pelbagai aktiviti atau sikap lain.
Seteruk itukah perempuan?

Adakah kenyataan saya di atas silap dan ianya melampaui batas? Siapa yang mampu menafikan, itu bukan sifat sebenar perempuan?

Kerana saya yang menulis ini perempuan, saya bersetuju dan tidak bersetuju. Bersetuju, ya memang kebanyakan sifat itu ada pada perempuan dan tidak bersetuju kerana saya merasakan tidak semua perempuan begitu. ;)

Salahkah muslimah sukakan kecantikan, atau salahkan mereka terlalu mengikut perasaan? Bukankah fitrah wanita memang begitu.  

Saya sentiasa tersenyum memikirkan perkara ini. Tersenyum melihat muslimah yang pelbagai ragam dan gaya. Setiasa berlumba-lumba mencari perhatian. Entah, saya bosan. Mungkin cerita hidup saya tak sama. Buat saya membesar menjadi permpuan yang sedikit berbeza. Tidak banyak perbezaan. Cukuplah dikatakan, ada perbezaan.

Ketika saya kecil, ayah bekerja sebagai pemilik sebuah kedai buku. Saya dibesarkan di rumah yang penuh dengan buku. Walau kedai tersebut tak bertahan lama, saki-baki stok buku jualan tetap ada. Lalu zaman kanak-kanak saya diisi dengan buku. Saya antara yang terawal pandai membaca, dalam lingkungan umur 4 tahun setengah. Paling awal masuk ke PASTI, pada umur hampir 5 tahun, mengikut kakak-kakak lain. Paling awal khatam al-Quran. Alhamdulillah.

Namun sejak kecil saya tetap menonton cerita Cinderella, seperti orang lain, membaca buku fairy tales.  Tapi bilangannya tak banyak. Malahan, ibu saya tak pernah menganggap saya puteri, seperti ibu-ibu lain. Membelikan gaun merah jambu dengan sayap dan tongkat sakti. Saya bersyukur, ibu saya tak pernah menghantar anaknya dalam dunia khayalan itu.

Kata nenek, sejak kecil saya sudah mula mengelek buku penyiasatan Siri Salma. Seingat saya juga, sayalah yang paling kerap menggeledah stor ayah, mencari-cari apakah ada buku menarik, yang masih belum saya jumpa dan baca. Ketika remaja pula, saya juga yang palik kerap bertenggek di hadapan rak buku, menacari-cari buku menarik yang mungkin saya terlepas pandang. Saya gembira dan bersyukur saya dibesarkan begitu.

Walaupun bila remaja kini, saya bukanlah rajin sangat membaca, tapi buku tetap jadi pilihan utama. Buku adalah kepuasan saya. Lebih puas dari membeli pakaian cantik di gudang membeli-belah.
Kenapa saya ceritakan ini semua? Entah, sengaja diceritakan di ruangan ini. Kerana saya bahagia. Saya tak pernah hidup dalam dunia khayalan sejak kecil hingga kini. Saya pernah saja membaca novel-novel cinta ketika tamat UPSR Darjah 6. Menonton cerita Korea dari laptop kakak atau menyertai teman serumah menonton. Tapi semua tu sampingan saja. Saya pantas diingatkan agar mengawal diri sebelum benar-benar ‘ketagihan’. Tidak mudah termakan dengan cerita cinta asyik. Kerana semua tu buat saya meluat dan rasa diperbodohkan.

Bagaimana boleh jadi begitu? Kerana saya mendidik diri untuk jadi perempuan berprinsip. Bercita-cita besar. Menghargai kehidupan saya yang terlalu berharga ini, tak sanggup saya korbankan dengan perkara picisan itu. Saya juga tak terkesan dengan cerita imam makmum, tulang rusuk kiri dan kanan. Seperti muslimah ayu lainnya. Walaupun kadang-kadang saya rasa mungkin saya kurang sifat kewanitaan berbanding mereka. tak takut berjalan seorang diri. Berani membuat keputusan sendiri. Mampu bekukan hati dari menangis dan merungut.

Semua itu hanya kerana saya mahu jadi perempuan yang kuat. Saya tidak suka bersembang tentang alat mekap atau fesyen terkini. Bergelak ketawa dengan cerita pacaran, atau bergosip hebat cerita rang lain. Saya lebih suka, bercerita isu semasa dan mencabar minda menganalisa.

Kerana itu saya bercita-cita mahu menjadi seorang peguam. J entah, saya rasa cerita ini mengarut saja. Hanya contengan budak-budak. Jadi, abaikan saja, kerana tiada manfaat padanya. Saya cuma sedang berseronok dengan kehidupan saya. 

by anaranxa