“Ain…..!!! kau dah baca paper
hari ni…?? Ya Allah, seronoknya..”
“Paper hari ni..? tak baca lagi,
tak sempat nak beli. Kelas aku penuh hari ni.. kenapa, ada berita apa..?”
“Nah, kau tengok ni..” Mahera
menyuakan akhbar Utusan kepada teman sebiliknya..
Aina pantas menyambut.
‘Konsert K-Pop Terbesar Bakal
Melanda Negara’ terpampang di dada akhbar beserta gambar Kumpulan Shinee, salah
satu kumpulan Korea yang terkenal. Dia membaca berita lanjutan di muka
seterusnya.
Aina tersenyum.
Teman sebiliknya itu memang
‘kipas-susah-mati’ artis Korea. Dari drama, filem, ataupun tarian dan nyanyian.
Semuanya jadi kegilaan Mahera. Gambar artis-artis Korea ditampal di kebanyakan
barang miliknya.
“Ain, senyum je..? ish.. ni lah
akibatnya salah pilih orang nak share happiness.. aku lupa, room mates aku ni
budak surau. Memanglah tak happy dengan konsert-konsert segala bagai ni..”
“Hahaha.. Mahera, kau perli aku
nampak. Kenapa pulak aku tak happy dengan benda-benda yang buat kau happy.
Tapi, aku tak laratlah nak jerit-jerit atau pinjam mikrofon JKA nak buat
announcement pasal ni..?”
“Huhuhu.. tahu pun. Bila dah kena
smash, pandai pulak renspons.. Ain, aku ingat aku nak pergilah konsert ni.
Peluang seumur hidup ni. Mesti aku akan nyesal sampai mati kalau tak gi konsert
ni..”
“Habis tu, mana kau nak korek
duit..? paling murah pun seratus lebih harga tiket. Boleh buat belanja makan
setengah bulan tau..”
“Ain.. 6 November ni kan duit
PTPTN dah masuk.. apa lagi, cucuk je lah..”
“Mahera, Mahera..” Ain
menggelengkan kepala.
Mehera tersenyum kepuasan. Dia
merasa terlalu seronok dengan rancangan terbarunya. Ain hanya mengerling
seketika sambil menyambung tugasannya. Ada assignment yang perlu dihantar esok.
Tapi hatinya tetap tidak tenang. Ada yang terbuku di hati.
Ain memandang Mahera sekali lagi.
Teragak-agak untuk membuka mulut. Tapi hati kecilnya tetap mendesak.. ‘Mahera,
aku sayangkan kau..’
Mahera perasan akan renungan Ain
padanya. “kau ni apasal..? Ade hutang ke duk tenung-tenung aku macam tu..?”
Ain tersenyum dan menarik nafas panjang.
Dia sudah biasa dengan percakapan kasar teman sebiliknya itu.
“Tak adelah, saje nak tanya kau..
sejak bila kau minat Korea ni ye..?”
“Minat Korea ni..? sejak bila..?
sejak dalam perut mak aku lagi.. hahaha. Tak adelah.. sejak aku sekolah
menengah dulu. Semua budak pompuan sekolah aku ‘gila’kan Korea. Rugilah kalau
aku tak joinkan. Tak syoklah kalau diorang sembang pasal movie, aku
terkebil-kebil je.. so, aku layan lah jugak movie-movie tu.. tapi, tak sangka
pulak boleh jadi gila macam ni. Huhuhu..”
“Kenapa korang minat sangat
dengan Korea ye..?”
“Alaaah, kau ni, sembang macam
tak pernah layan Korea.. hahaha. orang minat Korea sebab mamat Korea ni kiut,
hensem.. cerita dia sweet. Lagu-lagu dia best, style diorang pun cantekk..”
“Aku tak adelah, ‘kipas-susah-mati’.
Tengok kejap-kejap teman kau bolehlah..”
Masing-masing terdiam seketika.
Mahera terus menyambung kerjanya men’google’ berita terkini tentang artis Korea
yang diminatinya.
“Mahera, aku bukan nak menyibuk
hal kau.. macam yang aku bagitahu tadi, aku akan happy dengan apa jua benda
yang buat kau happy. Sebab aku sayang kau. Tapi, aku lagi happy kalau benda
yang buat kau happy hari ni, boleh buat buat kau happy sampai bila-bila..”
“Kau tak payah nak belit-belit
dengan aku Ain.. kalau nak buka tazkirah jalanan cakap je lah.. aku tak kisah
pun..”
Ain tesenyum..
“Mahera, aku tahu kau minat
sangat Korea ni.. aku pun tak kisah nak teman kau layan Korea ni kejap-kejap.
Tapi, sebagai kawan, hari-hari aku perhatikan kau.. aku rasa, kena ingatkan
juga”
Ain menyambung..
“Hidup kita tak lama, Mahera..
Bila-bila masa sahaja Allah boleh jemput kita jumpa dengan Dia. Sebab tu, ummat
Islam sangat mementingkan keutamaan dalam setiap perbuatannya. Sebab dia tahu,
walaupun sekecil-kecil perkara pun nanti, Allah akan hitung dan hisab di
akhirat. Tambahan pula, masa muda. Kau pun tahu kan, salah satu soalan Allah
pada hambaNya di akhirat kelak, bagaimana dia menggunakan masa muda. Kita tak
mahu jawab pada Allah nanti, kita gunakan masa muda ni dengan perkara yang tak
besar kemanfaatannya.. sedangkan, sebagai umat Islam di akhir zaman, kita ada
banyak sangat tanggungjawab..”
Ain mengerling Mahera untuk
melihat reaksi teman sebiliknya.. ‘Mahera, kerana cinta, walaupun berat, aku
terpaksa teruskan kata-kata ni..’
Mahera hanya memandang kosong
komputer ribanya. Lalu, Ain menyambung.
“Aku membebel kat kau ni, bukan
bermakna nak halang kau tengok terus cerita Korea. Tapi, aku takut kau terlalu
taksub dengan Korea. Minta maaf awal aku cakap, aku mungkin boleh terima lagi
kalau kau nak tengok drama, filem semua tu. Tapi, kalau nak pergi konsert, aku
takut Mahera.. dengan percampuran antara lelaki dan perempuan. Pakaian penari
dan penyanyi yang sangat seksi, semua tu boleh rosakkan fikiran remaja Islam
macam kita. Sebagai ummat Islam, kau jangan pernah lupa kita sekarang ni diserang dari pelbagai sudut.
Mereka akan guna apa jua peluang untuk meracuni pemikiran remaja Islam agar
kita lalai dan lupa tanggungjawab kita yang sebenar. Natijahnya, kita lupa dan
langsung tak ambil tahu pun isu-isu ummat Islam kat luar sana. Isu Rohingya
yang semakin tenat, Syria dan Palestin yang tak sudah-sudah. Kalau kita yang
hidup senang lenang ni, habiskan masa dengan cerita Korea, dan macam-macam
hiburan yang ada. Siapa lagi yang akan cakna isu, dan bantu diorang.. Mahera,
kau marahkan aku, ke..?”
Mahera tersenyum tawar..
“Huhu.. kenapalah aku nak marah
orang yang cakap benda baik kat aku.. aku bukannya tak terfikir semua tu. Tapi,
aku tak tahu macam mana. Aku bukan macam kau. Siang malam keluar pergi program
itu ini. Kalau kau ada kat bilik pun, kau tak pernah miss solat tahajjud dan
baca quran. Aku pun nak jugak jadi macam kau. Tapi, mungkin sebab banyak sangat
dosa aku. Aku rasa tak ade kekuatan nak buat semua tu secara istiqamah. Aku
rasa lagi seronok layan cerita Korea. Dan aku rasa, aku bukannya budak
baik-baik nak baca isu-isu pasal Palestin, Syria dan Rohingya tu..”
“Mahera, mana boleh macam tu..
bila mana kita bergelar Muslim, segala urusan ummat Islam lain turut jadi
urusan kita juga.. sekarang ni, dah jadi kewajipan untuk kita ambil tahu. Kau
tahu, isu saudara-saudara kita Rohingya sangat tenat. Diorang kena bunuh, dan
sekarang ni tak de tempat tinggal yang selamat. Kat Syria pun, pihak Bashar
Assad masih tak hentikan serangan. Sedih, kalau kau baca-baca cerita diorang..
kat Malaysia ni, senang sangat. Kalau remaja-remaja kat sana sibuk menghitung
hari, bila lagi boleh hidup sebab nyawa diorang selalu terancam, kita ni pula
sibuk hitung hari, bilalah nak Konsert Korea.. hehe, aku gurau je dengan kau.”
“Hahaha, Ain.. Ain.. aku tak
kisah pun. Betul ape yang kau cakap tu.. tapi, kau ingat senang ke nak
tinggalkan kegilaan aku. Tu lah kau, awal-awal kau sebilik dengan aku, kau tak
buat pulak tazkirah jalanan ni.. lama dah aku tunggu. Balik-balik kau senyum,
kadang-kadang kau join aku jugak tengok cerita Korea, walaupun kau tak minat..
hahaha.”
“Aduh, Mahera.. aku bukan tak
suka buat tazkirah jalanan ni.. tapi taknaklah tembak-tembak rambang. Kira
adillah, kan.. kadang-kadang aku join kau tengok Korea, ada masa kau join aku
tengok video Ustaz Azhar.. kalau kau tak pasang lagu Korea, aku pasang ceramah
Tok Guru kuat-kuat. Huhu.. aku sayang kau, Mahera..”
Mahera menjelir lidah.. “Aku tak
sayang kau, pon..”
“Cop.. Ain. Kira aku tak boleh tengok terus ke
Korea ni…?”
“Kau boleh ke, kalau tak tengok
terus..?” Ain bertanya sambil mengangkat keningnya..
Mahera menggaru tengkuknya..
“Bukan tak boleh, tapi
kurangkanlah.. utamakan yang utama. Ummat Islam ni, tanggungjawabnya banyak.
Tu, pergi buka folder laptop aku.. banyak sangat video-video tazkirah. Rakaman
MP3 pun ade.. kalau nak buku, kau buka locker aku, ada-ada macam buku, yang
sebenarnya jadi kewajipan untuk kita semua baca. Sirah Nabi, Aqidah
Islamiyyah..”
“Alaah kau ni, nak suruh aku jadi
ustazah ke..?”
“hahaha.. Mahera, Mahera. Bila
bergelar muslim, walaupun tak jadi ustazah, kita memang kena mantapkan ilmu
pasal agama ni..”
Ain tersenyum lalu dia memeluk
Mahera.
“Apesal kau ni..”
“Ni sebab aku sayang kau..”
Mahera memabalas pelukan Ain.
“Aku pun sayang kau..”
Tiba-tiba Mahera teringat..
“Ain.. kira cancel lah, aku nak
gi konsert Korea ni..?”
“Entah, mana aku tahu, kau
rasa..?”
“Haha.. baik aku belanja kau
makan.. “
“Yang tu memang aku setuju..”