Saturday, June 15, 2013

Oh! Jatuh cinta..?





Saya rasa terpanggil untuk menulis tentang CINTA. Bukanlah kerana saya sedang dilamun cinta dan merasakan ‘keindahan’ cinta itu memanggil saya untuk menulis tentangnya. Cuma Cinta itu buat saya pelik, dan saya rasakan ia unsur yang unik. Kita tak perlu pelik dengan cinta ibu kepada si anak, kerana tidak diragui lagi perasaan itu memang Allah telah tumpahkan pada wanita yang mengandungkan bayinya selama sembilan bulan. Cinta ayah keada anaknya yang menggerakkan tulang empat keratnya mencari pendapatan untuk kegunaan kelurganya. Tapi apa yang menjadi persoalan di sini, adalah tentang cinta lelaki dan perempuan yang bukan mahram. 



Sama ada seorang lelaki yang jatuh cinta pada perempuan atau si perempuan yang jatuh pada lelaki. Kita tolak tepi dulu tentang kisah coupling. Bukan niat saya di sini untuk membincangkan halal atau haram coupling itu. Kita serahkan pada yang lebih pakar. Lagipun berlambak sudah ulama’ internet yang membincangkan isu tersebut. Dan berlambak juga masalah itu yang masih membelenggu diri remaja Islam, sahabat-sahabatku tesayang. Sama ada remaja itu seorang yang ala Islamik. Berpacaran dengan label islamis, atau yang berpasangan hanya atas label hawa’ [baca : nafsu].

Jadi semua perkara ini buat saya terfikir. Tentang Cinta. Cinta ada pelbagai cara. Jatuh cinta juga ada pelbagai asbab yang membawa kepada jatuhnya ia. Mungkin sebab manusia tu baik, cantik, kaya, sederhana, kacak, menarik, atau otai sekalipun. Semua itu boleh jadi sebab jatuh cinta. Lalu, saya terfikir kenapa anda memilih dia (orang yang dicintai itu?) Kalau benar kerana cantik, bukankah ramai lagi yang lebih cantik dari dia. Kalau kerana kaya, berlambak lagi yang kaya. Kalau benar kerana apa jua sebab, bukankah ada yang lagi hebat dari dia?

Lalu datang sang pencinta sejati memberitahu cinta itu tak perlukan sebab. Ia fitrah. Datang tanpa diduga, pada sesiapa saja. Ia adalah kurniaan dari Yang Maha Cinta, lalu siapa kita untuk mempersoalkannya? Oh, kalau datang alasan sebegini saya memang tak boleh nak berhujah apa lagi.

Tapi saya tetap tak bersetuju. Kerana sehingga kini, saya berpendapat, untuk jatuh cinta atau tidak, itu adalah pilihan kita. Anda yang memilih untuk jatuh cinta, kenapa direbahkan salah pada yang lain. Tapi biasanya orang jatuh cinta tak menyalahkan orang lain, kerana perasaan orang yang jatuh cinta ini indah-indah belaka.

Sekali lagi saya tekankan, Cinta yang saya bicarakan di sini adalah cinta antara lelaki dan perempuan. Bagi saya cinta itu mudah. Dan kita sebenarnya yang memilih untuk jatuh cinta atau tidak. Tidak setuju? Tidak mengapa, saya sendiri tidak seratus peratus meyakini benda ini kerana bagi saya ia hanya hipotesis dan subjek eksperimen saya adalah diri saya. Saya yang memilih untuk tidak mudah jatuh cinta [kepada lelaki asing - bukan orang asing such as Bangla, atau Lombokian, atau bukan juga makhluk asing ya]

Iaitu dengan mengalihkan cinta itu. Anda punya matlamat hidup atau impian yang anda ingin capai? Anda seorang Hamba Tuhan yang mahu patuh padaNya? Saya rasa perkara itu sudah cukup untuk membawa kita memilih untuk tidak jatuh cinta dengan mudah, kepada sesiapa saja.

Belajarlah untuk melihat ke hadapan. Melangkau pandangan jauh ke hadapan. Bukan hanya mereka yang sekeliling anda, baikkah dia, hensemkah dia, cantikkah dia, solehkah dia. Tapi lihat manusia secara global. Jangan hanya sibuk mengira wang dalam poket anda ada berapa, result anda tinggi atau rendah, rumah anda luas atau sempit. Tapi lihatlah mereka yang langsung tiada duit untuk dibilang, atau rumah yang terlalu luas, berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah. Senang cerita, senang susah kita hari ini ada yang lagi teruk dan hebat diuji. Oh, kenapa tiba-tiba tersongsang ke cerita susah masyarakat dunia. Nak jadi ahli politik ke?

Tidak! Kerana saya percaya inilah formulanya. Bila anda mengalihkan perhatian anda kepada pelbagai perkara lain, dan anda percaya perkara tersebut lebih penting dan menuntut perhatian. Anda tidak akan sibuk dengan perkara leceh seperti membelek-belek perasaan sendiri. Aku sayang dia, aku jatuh cinta padanya atau ‘sebenarnya saya isteri dia’. Anda tidak hanya akan disibukkan dengan perkara ini. Kerana apabila anda memahami bahawa, orang di luar sana, yang terhimpit dalam kesempitan dan kesusahan dunia ini membuatkan ana rasa tugas anda banyak. Lalu, ia akan buat anda sibuk menegur dan mencemuh diri, bila anda hanya sibuk dengan kepentingan diri sendiri especially jatuh cinta. Sanggup anda sibuk bercinta sedangkan kat luar sana ramai yang sedang merana. Ummat Islam yang masih tak faham Islam, anak-anak yang tak dapat peluang pendidikan, ibu bapa yang terpaksa bekerja keras untuk anak-anak dan paling penting bila yang jahat terus membuli yang lemah, dan yang kaya terus mencekik yang miskin. Alah, sibuk fikir pasal tu, apa sangatlah yang kita boleh buat. Nak belajar pun pakai duit PTPTN. Ada hati nak tolong orang susah. Jawapannya mudah, kerana saya susah lah saya mahu bekerja untuk mereka yang susah. Apa nak diharap pada orang kaya kat luar sana?

Seterusnya, sebagai Hamba Allah yang berusaha untuk menjadi baik (sebab kita memang tak mampu untuk mencapai tahap tertinggi kebaikan). Bukankah agama telah menetapkan peraturan untuk menundukkan pandangan. Kerana saya percaya factor terbesar jatuh cinta adalah dari mata turun ke hati. Kalau mata tak memandang, hati pun tak bekenan. Mudah bukan. Anda jaga pandangan. Tapi bukan senang kan. Tambah-tambah dengan system Uni yang memang nak mencampur adukkan lelaki dan perempuan dengan alasan takut culture shock bila bekerja, sebagai persediaan di alam pekerjaan dan bla, bla..  Tipsnya adalah, buat tak nampak je orang di sekeliling anda. Be cool and professional. Sibukkan fikiran dengan fikir apa yang aku nak buat lepas ni, atau apa yang tak selesai lagi, ketika berjalan. Bukan sibukkan mata dengan mencari jejaka hensem, atau yang smart. Jadi, mata anda selamat. Hati anda pun selamat. Sila cuba tips ini!

Seterusnya, bercita-cita besarlah. Sebagai seorang perempuan islam @ muslimah. Sepatutnya anda bercita-cita suatu hari nanti untuk menjadi ibu yang baik. Melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Oh! Ini bukan cerita imam makmum atau tulang rusuk kiri dan kanan ya. Ini sudah menjadi kewajipan pada anda. Ya anda! Walaupun seteruk mana pun anda hari ini. Tapi bercita-citalah untuk itu. Jadi seharusnya anda tahu, untuk cita-cita anda terealisasikan, anda sebetulnya mula dengan mengubah diri. Membentuk diri menjadi baik. Kerana pada mendidik diri anda lah permulaan kepada mendidik anak-anak anda. Jadi seharusnya, soal jatuh cinta bukan pada masanya ini anda elakkan. Kerana ia akan melekakan dan membawa kepada pintu-pintu kemaksiatan yang anda sendiri tidak duga.

Otherwise, jadilah boss untuk diri anda. Bila tiba-tiba anda rasa terminat atau tersuka pada sesiapa, jangan dilayan sangat. Cepat-cepat muhasabah. Astaghfirullah. Mesti sebab kurang rasa cinta pada Allah, kurang zikir, kurang tahajjud, aku jadi meroyan kat orang lain macam ni. Lalu, cepat-cepat fikir semua ni mainan syaitan. Tak boleh dilayan sangat. Tingkatkan amal ibadah dan ingat balik matlamat hidup anda. Buat cool macam tak da apa-apa dan teruskan hidup anda. Ingat! Kalau betul pun anda jatuh cinta, be strong and jangan endah sangat. Awak adalah boss untuk diri awak. Be strong!

Antara caranya juga adalah, saya ingin meyakinkan anda semua bahawa sesungguhnya cinta sebelum masanya itu menyakitkan, menyusahkan, melalaikan. Keseronokan yang diperoleh hanya sementara. Ini berdasarkan pengalaman orang lain. So, choose wisely!

Saya pun pernah jatuh cinta [baca : terminat orang]. Tu pun masa Form 1, masa orang lain sibuk sembang diorang minat kat siapa. Saya pun rasa macam saya kena minat orang juga, fikirlah, mamat mana yang paling hensem yang saya pernah jumpa, jadi saya bagitahu kawan-kawan, saya minat mamat tu. Hahaha. Such a good joke, bila ingat balik. Jadi, siapa kata saya tak pernah jatuh cinta? Dan lagi kuat saya rasa, jatuh cinta itu adalah pilihan anda.





Salahkah jatuh cinta? Saya tak merasakan ia adalah salah. sebab, sebagaimana orang lain cakap, ia adalah fitrah. allahua'lam. Tapi saya melihat ia adalah perkara yang boleh mendorong kita kepada perkara-perkara yang lebih besar. Kita ini lemah. Kita tak tahu bagaimana cara nanti Allah menguji. Takut nanti jatuh cinta itu menjadi asbab ujian Allah pada kita. Sehingga kita terleka dan merasa dunia ini kita punya. Ketika itu tiada siapa lagi yang mampu menghalang. Kawan-kawan solehah di sisi anda sebelum ini pun, kita takut akan turut meninggalkan kita. Kerana saya percaya penangan cinta ini hebat. Jadi baiklah untuk kita mencegahnya. Setelah sampai masanya, tengoklah orang yang halal untuk anda itu sepuasnya dan jatuhlah cinta padanya setiap hari. Lalu, bersama-sama dengannya menuju impian dan cita-cita anda. ;) Tapi bagi yang telah jatuh cinta, saya tahu anda sebenarnya kuat dan mungkin ini ujian dari Allah. Saya mungkin belum teruji, lalu sesedap rasa saya mengeluarkan tulisan ini. Maafkan saya. Tapi anda harus ingat, dan anda harus percaya, anda sebenarnya kuat untuk menepis semua tu. 

p/s : Banyak lagi nak cakap sebenarnya, tapi cukup yang ini dulu. Anda bebas untuk tidak bersetuju. Moga Allah tak menguji kita di luar kemampuan kita. Astaghfirullah..



#FallinginLove #Youchoose :)


No comments:

Post a Comment