Assalamualaikum.
Membaca satu artikel dari Productive Muslim. Ada menyebut, tulislah
keinginan-keinginan anda dan banyakkanlah berdoa di bulan Ramadhan ni. Terfikir,
saya tak pernah pun tulis apa yang saya mahu. Banyak angan-angan kosong je. Let’s
start!
1.
Saya mahu saya dan seramai
mungkin orang di sekeliling saya masuk syurga dan dijauhkan dari azab api
neraka.
2.
Saya ingin sekali bertemu dengan Tuhan saya di syurga. Dengan persembahan
yang terbaik.
3.
Saya harap saya dapat bertemu
Rasulullah dan sahabat-sahabat Baginda di syurga. Bercerita dengan mereka
tentang kisah-kisah di zaman mereka.
4.
Dapat minum air telaga
Al-Kautsar dari tangan baginda. Memperoleh syafaat baginda.
5.
Saya mohon Allah ampuni
dosa saya dan dosa-dosa ummat Islam lain. Dosa semalam, hari ni dan di masa
depan.
6.
Saya harap Allah akan
teruskan kurniakan saya dan teman-teman Muslim dan bukan Muslim Hidayah dan
Taufiq. Moga Dia tunjukkan saya jalan yang paling benar.
7.
Saya mohon agar Allah
kurniakan Taqwa kepada saya dan lain-lain. Agar kami takut berbuat dosa dan
bersungguh-sungguh buat kebaikan.
8.
Saya harap saya istiqamah
dengan perkara kebaikan. Saya mahu bersungguh-sungguh menyeru manusia ke jalan
kebaikan.
9.
Saya sangat mahu jadi orang
yang berakhlak baik dan menjauhi sifat-sifat Mazmumah. Moga Allah cuci hati
saya. Dan penuhkan hati ini dengan cinta pada agama dan ummah.
10.
Moga Allah permudahkan
urusan saudara-saudara saya yang berjihad di Syria, Palestin dan Mesir. Moga Allah
kurniakan kepada kami, kemenangan dengan pertolonganNya.
11.
Moga Islam kan kembali
berdaulat di dunia. Moga Allah kurniakan kemenangan kepada pejuang agama yang
ikhlas. Dan moga saya tergolong dalam pejuang agama yang ikhlas itu.
12.
Semoga Allah sudi pinjamkan
saya ilmuNya. Saya sangat ingin sekali menjadi orang yang faham agamaNya.
13.
Saya mahu jadi anak solehah
yang berbakti kepada ibu bapa.
14.
Saya mohon agar Allah
kurniakan kepada saya suami yang soleh, dan keluarga yang sakinah. Sesungguhnya
Dia Maha Mengetahui.
15.
Semoga saya jadi ibu yang
solehah untuk mendidik generasi pewaris Nabi.
16.
Semoga Allah permurahkan
rezeki dariNya untuk saya dan keluarga. Dan kehidupan kami penuh dengan
kerahmatan dan keberkahan dari Allah.
17.
Saya mahu jadi orang yang
paling bermanfaat kepada manusia lain.
18.
Saya mahu mendapat
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan agar saya mampu membawa izzah pada
agama dan menggembirakan hati ibu bapa.
19.
Moga Allah beri keizinan
untuk menunaikan Haji dan Umrah dan bermusafir di sekeliling dunia mengutip ibrah.
20.
Semoga Allah lindungi saya
dari fitnah di akhir zaman.
21.
Semoga Allah mengurniakan
saya pengakhiran yang baik. husnul khatimah. Jauh dari azab kubur dan dihindari
dari fitnah Dajal.
Banyak
lagi sebenarnya. Tapi mungkin cukup ini dulu. Rasa malu bila list terlalu
banyak. Waktu untuk berusaha dan banyak
berdoa!
No comments:
Post a Comment