Thursday, April 18, 2013

Saya mahu jadi BUDAK KUAT itu.. :')




Semalam saya pening. Sangat pening. Mungkin sebab tidur lambat. Pukul  4 pagi. Dan, saya tak pergi ke kelas. Sebab bila saya berjalan, saya rasa macam melayang. Bila saya duduk saya rasa sakit kepala dan serabut. Muka jadi masam, dan saya tak dapat senyum. Akibat tak atur jadual sebaiknya. Apapun, saya gembira dengan diri saya. Saya berjaga untuk persiapan presentation pagi itu. Kemaskan nota-nota dan cases yang berlambak. Namun, apa yang saya baca, tak dapat disampaikan dalam presentation pada kawan-kawan. Saya tak rasa rugi. Tapi saya bangga dengan diri saya. Cuma, untuk lain kalinya saya berharap, saya lebih bijak mengatur waktu. Terima kasih saya ucapkan untuk diri sendiri.

Pagi semalam, masa dihabiskan di atas katil. Tapi kepala rasa macam merewang-rewang, berpusing seluruh alam. Saya bukan budak suka ponteng. Dalam pening, saya tanya diri saya. Ini sebab manja atau memang saya benar sakit? Waktu di Tamhidi, banyak kali juga, tidur pukul 4 atau pukul 5. Tidur sejam, dan bangun bersiap ke kelas. Saya masih boleh ke kelas, dan digest maklumat. Tapi kepala tetap sedikit berat. Tapi kenapa hari ini tak boleh? Manjakah ini? Saya budak manja?

Kalau dikira manja, memang saya budak manja. Tidak mahu bekerja keras dan sukakan rehat. Tapi bukan caranya untuk saya mendidik diri begitu. Kerana saya guru untuk anak murid yang sangat degil, saya tak boleh terlalu bertegas. Nasihat pada diri, saya bukan manja. Mungkin terlalu penat. Jadi, lepas ini jangan ulangi lagi, tidur terlalu lewat, di kala kepenatan dan keesokannya kelas pukul 8 pagi. Saya sudah tak banyak masa untuk melayan kerenah diri sendiri. Kita terlalu banyak kerja yang harus dibuat. Dan, kita kena buat sama-sama dan sungguh-sungguh.

Kerana kita manusia, ada waktu kita lemah. Kita hilang keserookan untuk hidup. Kita rasa mahu menyorok dan tak mahu jumpa sesiapa. Tak mahu buat kerja-kerja persatuan dan malas nak ulangkaji subjek dalam kuliah.

Duduklah sekejap, dan nasihati diri. Kita tak boleh terus begini. Hisab kembali amal. Mungkin puncanya pada kurang khusyu’ dalam solat, kurang zikir, tak bertahajjud. Lalu, dengan perlahan walau merangkak usahakan untuk kembali buat apa yang ditinggalkan itu. Walaupun sikit-sikit. Ambil rehat kalau perlu.  Saya ingatkan diri saya. Tiada yang paling saya nikmat dalam hidup ini, melainkan apabila saya dapat duduk mentelaah buku-buku. Lalu semalam, saya ke library. Walaupun tak sempat mentelaah buku. Saya sempat siapkan satu assignment. Saya gembira. Dan saya tahu, diri saya boleh. Saya Cuma kena jadi lebih kuat. Jangan hiraukan bisikan jahat yang ada dalam diri saya. Bisikan yang melemahkan itu. Saya tak mahu dengar lagi.



Saya cuba untuk jadi budak kuat. Saya 20 tahun. Entah sampai bila lagi saya dapat hidup. Banyak sangat yang saya mahu lakukan. Banyak juga masa yang dah saya buang begitu saja. Saya mahu jadi budak kuat itu. Pilihanraya sudah tak lama. Mohon sama-sama doakan agar yang selayaknya pula naik memerintah. Cukuplah sudah kezaliman dan kebodohan yang melata. Saya sudah tak larat untuk hidup dalam sistem yang merobotkan ini.

p/s : Sehingga kini saya mengimpikan saya duduk di bawah pokok di tanah yang lapang. Di kawasan perbukitan sendirian.  Saya terlalu mahukan. Moga suatu hari.

No comments:

Post a Comment