A : Bestnya makan sotong. Aku suka
sotong.
B : Kau cakap best? Euww, aku tengok pun
tak sanggup. Nak makan, lagilah. Loya tekak.
A : Aku sukalah tengok orang pakai spek.
Nampak intelligent, kan?
B : Entah! Nampak macam nerd je.. Aku tak
suka.
A : Kenapa dia buat macam ni, macam
budak2 lah. Takkan benda ni pun diorang tak tahu.
B : Taklah, aku tengok okay dah macam tu.
Nampak cool!
Nampak tak permainan di situ? Betapa
manusia ni sangat berbeza. Dalam apa jua. Sukar benar nak jadi sekepala. Dari
sekecil-kecil perkara. Apatah lagi, perkara yang besar. Manusia sungguh
berbeza. Ia memang perkara biasa. Tapi yang menjadi persoalan, bagaimana kita
mengendalikan perbezaan itu.
Apakah dengan bertegang urat dan berkeras
kepala mengatakan hanya pendapat kita yang betul. Dan semua yang berbeza itu
silap dan harus turut tunduk pada pandangan dan pendapat kita. Atau kita
memilih untuk beralah. Mengaku kalah tanpa cuba untuk bertahan, kerana takut benar
akan perbalahan. Bila ada yang berbeza, terus saja kita mngikut yang berbeza
itu, kerana yakin mereka betul tanpa ambil masa untuk duduk berfikir panjang. Seronok
jadi pak turut, tak usah pening-pening.
Lalu bagaimana seharusnya?
Jadilah manusia yang menggunakan hati dan
akal. Ada perbezaan? Oh! Biasa saja. Duduk ambil masa untuk berfikir. Perhalusi
apa jua isu dengan baik. Top-up ilmu. Banyakkan pembacaan. Rujuk mereka yang
arif. Kerana mungkin persetujuan atau penolakan kita terhadap sesuatu perkara
itu adalah berfaktor dari kejahilan kita. Lalu, bincangkan dengan mereka yang
berbeza itu. Cuba luaskan sudut pandang. Menyeluruhkan perbincangan. Berfikir pro
dan kontra, menilai dengan adil, dan buatlah keputusan. Kedengaran mudah bukan?
Memang mudah. Cuma sayangnya, hakikat tak
begitu. Manusia lebih gemar bertegang urat. Tuduh-menuduh, fitnah-memfitnah. Kenapa
ya? Kerana tak bisa mengendalikan perbezaan dengan hati. Bila berbeza,
berlapang dadalah. Senyum, dan menyedari besar hikmah di sebalik perbezaan ini.
Jangan meletakkan diri terlalu tinggi hingga merasakan hanya kita yang betul. Atau
terlalu merendah diri, sehingga merasakan semua yang kita fikirkan itu silap. Setelah
diteliti sebaiknya dengan akal, lalu meyakini pendapat kita lebih tepat, maka
berbincang dengan baik. Gunakan bargaining power. Bijak tarik tali dalam
berbincang. Bukan dengan niat untuk mempertahan pendapat sendiri, tapi dengan
harapan agar pihak sebelah sana sedar akan kebenaran yang sebenar. Berlembutlah.
Kalau masih tak dapat diterima, we agree to disagree. ;) kalau setelah
diteliti, nampaknya pihak di sana lebih benar, maka jangan ego untuk mengaku
silap. Bukankah, antara kita dan dia, keduanya mahu mencari kebenaran. Usah dipertahankan
kepala yang besar dan keras itu.
Jangan juga jadi mereka yang lalang. Liuk
lintuk hanya mengikut arah angin. Atau sampah di lautan yang hanya mampu
mengikut arus. Usahakan akal untuk banyak berfikir. Hiduplah dengan prinsip dan
hujah. Usahakan hati untuk berlapang. Mereka yang jiwa besar, melihat perbezaan
sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih hebat. Jadi, bila ada perbezaan.
Enjoy saja. Jangan diikut darah anak muda mu. Simpan dan salurkan di tempat
yang betul. Barulah dunia ini jadi taman syurga. Moga keberadaan kita di mana-mana, menjadi rahmat untuk semua. J
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment