Perhatian : Post ini ditulis kala emosi meraja. Sollu 'ala nnabiy.. :"(
Sejak kecil, saya membesar dengan melihat
lelaki-lelaki yang meletakkan diri mereka sebagai boss besar. Bermula dengan ahli keluarga saya. Mereka yang sangat jarang membantu kaum ibu di
dapur. Merasakan kerja-kerja memasak dan mengemas rumah ini adalah hak
eksklusif wanita. Hanya kerja-kerja yang berat benar, barulah pertolongan
mereka diminta. Itupun, kerja yang diharapkan pada mereka, pasti akan lambat
disiapkan. Saya tidak suka. Sangat tidak suka melihat keadaan tersebut. Apakah
salah, jika mereka menghulurkan tangan membantu kaum ibu yang kepenatan?
Sejak saya memasuki sekolah menengah, mereka
adalah musuh terhebat saya. Permulaan kebencian saya pada mereka. Mereka yang
kuat mengumpat. Mereka yang kuat mengata. Hanya tahu mencari kesalahan perempuan.
Menyindir-nyindir dan mengejek seakan mereka adalah malaikat. Memfitnah dan
mengata lebih teruk dari perempuan berhati busuk. Kini, kalau saya terdengar
lelaki menyebut yang perempuan suka mengata dan mengumpat, saya orang pertama
yang akan panas mendengar kenyataan tersebut. Ya, saya tak suka mereka.
Kata-kata mereka buat saya takut benar dengan mulut lelaki.
Saya berpindah ke sebuah maahad. Saya jadi
benar-benar kaku. Bagi saya, melibatkan diri dengan lelaki akan membawa masalah
terbesar dalam hidup. Jadi, jangan layan mereka. Tundukkan pandangan. Dan, saya
berbahagia seketika. Namun, setelah saya diumumkan sebagai ahli dalam Majlis
Perwakilan Pelajar, saya terpaksa berurusan dengan mereka. Sekali lagi,
kebencian saya pada lelaki terasa. Setelah perasaan itu direhatkan seketika.
Mereka yang sangat suka bersenang-lenang. Tidak mahu bekerja berat. Perasan
thiqah. Manusia tak berperasaan melihat muslimat bekerja berat. Cepat panas dan
menyindir. Sekali lagi, saya merasa tidak suka pada mereka. Bila ada masalah
saya di sana berpunca dari mereka. Mereka sememangnya perosak kebahagiaan. Saya
benci bila saya terhanyut seketika dengan cerita-cerita bodoh berkait mereka.
Saya benci dengan perasaan saya yang takutkan mereka. Apa lemah benarkah aku
sebagai perempuan??
Saya seterusnya berpindah di USIM. Disejukkan
hati sebentar, bertemu dengan ahli kelas muslimin yang baik. Walaupun ada
seorang yang menjengkelkan. Namun, bila saya menjadi ahli persatuan. Saya
bertemu kembali dengan lelaki yang seakan di maahad saya dulu. Buat kebencian
saya pada sikap mereka semakin nyata.
Kalaulah benci itu satu perkataan yang kasar.
Mungkin boleh dikatakan, saya sngat tak sukakan mereka. Perasaan ini terus hadir. Saya bencikan sikap lelaki
yang merasakan diri mereka ketua. Dan wanita adalah kuli dan buruh mereka.
Mereka mungkin tak pernah mengatakan sedemikian, tapi saya melihat dan saya
menilai begitu. Saya tidak sukakan orang lelaki suka berpura-pura. Di hadapan
wanita, mereka langsung tak terkata. Tapi di belakang, mengumpat dan mengata
sesedap rasa. Saya tak sukakan lelaki yang bermulut busuk. Sibuk mencari silap
orang. Maafkan saya. Atas kejujuran. Ya, saya sangat tidak sukakan sikap ini.
Sehingga, saya sangat tidak suka bila melihat suami mengarah isterinya itu dan
ini. Berehat tatkala isteri sibuk di dapur. Menyalahkan isteri bila, ada hal di
rumah yang tak selesai. Semua kerja rumah atau kerja di luar dipikul atas bahu isteri. Marahkan isteri di depan anak-anak.
Saya benci melihat lelaki yang berpura-pura
sukakan perempuan. Lelaki yang suka menguji perempuan. Lelaki yang melukakan
hati perempuan tanpa rasa bersalah.
Ini luahan rasa saya. Cerita saya. Sebagai
seorang perempuan. Dari kecil hingga remaja. Kebencian saya ini bukan pada semua. Tapi hanya beberapa yang bersikap begitu. Tetapi, mengapa ramai yang saya jumpa begitu sikapnya? Kebencian saya bukanlah hingga
saya tak bercita-cita untuk punya keluarga. Tapi sukarnya untuk saya
mempercayakan mereka. Sukarnya untuk saya menurut arahan mereka satu-persatu
tanpa membantah bila mereka hanya duduk bersilang lutut. Bagaimana harus saya
taat pada suami saya, kalau terus begini?
Saya tak mampu untuk menjadi pak turut kalian,
jika itu yang kalian mahukan dalam kehidupan suami isteri… :) Ini cerita saya. Ketika emosi meraja. Bila saya tenang kembali, saya tidak terasa sekstrim ini. Tapi saya tetap bencikan lelaki yang bersikap begitu. Namun, di sudut hati saya, saya menghormati mereka. Lalu lelaki, bertanggungjawablah.. Maafkan saya. Walau tak bermaksud untuk menyinggung, tapi harap ada yang terasa untuk muhasabah dan kita sama berubah. Dan mungkin juga ini hanya persepsi saya. Jadi, cool dan abaikan saja. Saya juga bukan sempurna.. Dan saya juga bukan pendokong ideologi Feminism. Senyum.
.jpg)
.jpg)

No comments:
Post a Comment