![]() |
| CREDIT TO : Astridle in DevianART |
Tadi saya sempat hantar assignment.
Hantar awal dari masanya. Hantar soft copy ke email ustaz. Tapi, mungkin
kerana saya lupa untuk ucap alhamdulillah atas kemudahan yang Allah kurniakan
untuk siapkan assignment itu, atau mungkin ada rasa bangga dalam diri
saya, saya berjaya menyiapkan assignment awal. Rupanya, ada yang saya
tertinggal. Saya tahu 2 jam sebelum masa tutup. Cepat-cepat saya betulkan dan re-send.
Okay siap. Tapi rupanya tak sampai di situ. Maklumat sebenar, assignment
itu kena hantar hard copy juga di pejabat ustaz. Dan, saya tahu
beberapa minit selepas masa tamat. Saya tahu, selepas saya sudah berada di
kampus. Dan soft copy assignment saya di bilik. Sedih. Sungguh sedih.
Rasa sebal bila mengenangkan diri
saya yang tak cakna betul dengan maklumat yan saya dapat. Saya salahkan diri
saya yang tak benar-benar berhati-hati dalam menjalankan tugasan. Saya bimbang,
bagaimana dengan carry marks saya. Macam mana kalau ustaz datang ambil
assignment di mail box nya, dikira bilangan pelajar yang menghantar
assignment tak cukup. Dan dia potong markah orang yang lewat hantar. Habislah
markah saya. Pasti menjejaskan final marks untuk sem ini. Tiba-tiba saya
ditegur lagi. Besar benarkah final marks itu?
Apakah itu matlamat hidup saya
hingga saya rasa sedih dengan hanya sedikit markah. Sekali lagi saya ditanya.
Adakah saya rasa sedih kalau
sehari saya tinggal baca Al-Quran?
Adakah saya sedih kalau saya
melewatkan solat Fardhu tanpa sebab yang syarie?
Adakah saya sedih kalau saya tak
solat sunat rawatib atau solat sunat dhuha, sedangkan saya ada banyak masa
lapang?
Adakah saya sedih kalau hari itu
saya tak mulakan dengan qiamullail atau solat sunat qabliah subuh?
Adakah saya sedih kalau saya tak
banyak berzikir dan berselawat?
Adakah saya sedih, kalau saya tak
mampu ajak orang lain ke arah kebaikan atau menghalang oran lain dari
kemungkaran?
Bagaimana jawapannya ainun..
Lalu, apa ertinya saya menganut Islam. Kalau carry marks yang seciput
itu lebih saya agungkan dari pahala, syurga dan keredhaan Allah. Saya takut kalau
markah yang diberi lecturers berkurang. Tapi saya tak rasa apa-apa kalau
pahala saya berkurang di sisi Tuhan. Sama juga bila exam mendekat.
Pantas saja saya mentelaah buku, dan berjaga malam. Supaya dapat dijawab soalan
exam keesokannya. Dan saya terlupa, exam sebenar saya dengan
Tuhan, tak bertarikh. Langsung saya tak bimbang, apakah saya boleh jawab soalan
Mungkar Nakir nanti? Tak juga saya usahakan, untuk berjaga malam beribadah
padaNya. Dan jujur kalau kita katakan, kita lebih bersungguh-sungguh mendoakan
agar dapat markah tinggi dari mendapat syurga. Jahilnya kita!
Lalu, bagaimana harus saya
katakan pada diri saya. Usahlah bersedih dengan perkara-perkara kecil ini. Bila
perkara besar kau abaikan. Kejar dulu yang utama. Bukan tidak boleh mengharap markah
yang tinggi, malah digalakkan. Kerana ummat Islam itu, bila dia melakukan
sesuatu, pasti dia buat dengan terbaik. Begitu juga dalam exam. Pasti
akan diusahakan untuk dapat result yang terbaik. Malahan, hikmah itu
barang hilang orang mukmin. Di mana saja dia menemui, dia lah yang lebih berhak
ke atasnya.
Usahakan untuk meletakan wawasan
akhirat sebagai yang utama. Hidup untuk mencari keredhaan Allah. Mengejar
syurgaNya. Menjadi seorang hamba dan pengikut yang sebenar. Tundukkan hatimu
dari melihat hal keduniaan itu lebih besar. Jauhkan pandangan dengan
menggunakan kacamata akhirat. Sungguh, jangan tertipu. Melihat orang lain
terkejar-kejar carry marks, kita juga begitu. Sehingga tertinggal
perkara yang lebih patut diutamakan. Allah. Terima Kasih. Kerana sentiasa
mengingatkan. Di kala jauh benar tersasar..
Sekali lagi saya bimbang
mengingatkan mid-sem yang mendekat. Saya tak tahu bagaimana nak benar-benar
study. Entah. Bertahun belajar masih ada dilema ini. Takut kalau baca tak masuk
apa yang dibaca. Takut apa yang dihafaz berterabur dalam dewan peperiksaan.
Takut soalan spot langsung tak mengena. Takut semua.
Lalu dengan tenang, saya
diingatkan. Markah yang tinggi, pencapaian terbaik yang diagungkan manusia,
bukanlah sepatutnya menjadi igauan saya. Mengharapkan markah tinggi kerana
takut malu dengan orang yang markahnya lebih tinggi. Ia adalah satu perbuatan
sia-sia dalam menuntut ilmu. Lalu apa harusnya?
Bersungguh-sungguhlah dalam apa
jua mata pelajaran. Menelaah dengan harapan agar ilmu ini di dada, bukan hanya
pada kitab. Moga hafazan ini berkekalan, agar dengannya dapat saya berbakti.
Berhati-hati dalam mengulangkaji. Gunakan masa yang ada semaksima. Saya tak
punya banyak masa banding dengan orang lain. Jadi, mulakanlah ulangkaji dengan
bismillah. Teliti dan berhati-hati. Moga Allah tunjukkan jalan dan serah
padaNya. Ya allah moga Kau Redha. Moga Dia golongkan hambaNya dalam kalangan
hambaNya yang ikhlas. Bila saya bersungguh-sungguh. Buat apa yang termampu.
Maka serahkan pada Allah. Markah tinggi atau rendah, tak sepatutnya jadi
kebimbangan utama. Kerana Allah bukan melihat kuantiti usaha. Banyak mana lah
sangat usaha kita dibandingkan dengan yang kita dapat. Jadi, bersyukurlah.
Apa yang harus ditakutkan adalah
apabila ilmu yang dihafaz dan ditelaah tak diberkati. Hari ini hafaz untuk exam
esok, keluar dewan peperiksaan terus lupa. Cukuplah cerita lalu, ainun. Maka
berbahagialah. Ummat Islam, tiada kebimbangan besar baginya. Kerana apa yang
telah ditetapkan Allah itu, adalah yang terbaik dan sesuai benar dengan hamba
lemahNya.
Saya berdoa agar Ainun Sailah
Nordin tidak sedih-sedih lagi. Tidak bimbang dan takut lagi. Moga dia tak terus
cintakan dunia melebihi akhirat. Bertenang dan bersyukur. Bergerak dengan penuh
nikmat. Sungguh, ketetapan Allah itu yang terbaik. Ketenangan itu ada di hati.
Sucikan ia. Ia akan melapangkan duniamu.
Allah, ku mohon ingatan dariMu
sentiasa. Kerana aku yang sentiasa lupa.
![]() |
| DevianART |


No comments:
Post a Comment