Tuesday, July 23, 2013

My Dream Places..

My dream Places..
Semua orang pasti ada keinginan. Bagi saya keinginan itu salah satu petanda seseorang itu masih hidup. Dan keinginan itu akan menjadi sebab untuk mereka terus  hidup. Menjadi sebab untuk mereka terus kuat menghadapi segala rintangan dalam kehidupan. Masing-masing ada keinginan yang berbeza. Sama ada dari segi pekerjaan, keluarga, makanan atau TEMPAT sekalipun. Manusia akan terus berkeinginan, dan bagi saya ia adalah satu perkara yang wajib. Mungkin bagi orang lain, ia seakan-akan angan-angan kosong, dan kita sedang membuang masa. Tetapi abaikan saja. Anda sedang membuktikan, anda adalah manusia bukan robot yang hidupnya hanya diprogramkan, jauh dari dan cita-cita dan kehendak yang ingin dicapai. Untuk mereka yang punya impian dan keinginan, saya ucapkan tahniah. Kerana anda berjaya membuktikan anda adalah manusia.

Saya ada banyak tempat yang telah saya pergi selama saya hidup. Namun, banyak lagi tempat yang belum pernah saya pergi. Jadi saya punya keinginan untuk pergi ke beberapa tempat.

1. Saya mahu ke syurga. Saya tahu, saya tak layak ke syurga Tuhan,saya Hamba yang kaya dosa.  Tapi saya juga tahu saya adalah Hamba kepada Tuhan Yang Maha Pengasih, lalu saya setiasa mengharapkan kerahmatanNya. Saya mahu berkumpul dengan manusia yang baik-baik di sana. Mausia yang hatinya ikhlas dan cinta mereka hanya pada Allah. Mereka yang cintakan keamanan dan perdamaian dan mereka memiliki akhlak mulia. Sudah tentu. Kerana mereka ahli syurga. Subhanallah.

Saya juga mahu berjumpa dengan Rasulullah, sahabat-sahabat Baginda.Berkumpul bersama mereka. Mahu mendengar cerita dari mereka. mahu melihat rupa-rupa mereka yang terlebih dahulu memperjuangkan agama Allah. Dan terlebih lagi, saya mahu mendengar cerita sebenar sendiri, dari mereka. kerana membaca buku-buku sejarah, kadang-kadang saya merasakan penulis tidak mungkin mampu penilaian yang setepatnya terhadap para sahabat Rasulullah.

Saya mahu bertemu dengan ahli ilmu, sama ada dari golongan Tabiin, atau Tabii’ tabiin. Mereka yang kaya dan cinta dengan ilmu. Saya mahu sekali bertemu mereka. Demi Allah. Apa lagi kebahagiaan selain dari berada di syurga bersama-sama mereka yang mencintai Allah dan RasulNya. Walaupun saya ini Hamba yang berdosa, sangat jauh dan kerdil mahu dibandingkan dengan mereka, saya tetap mahu terus bercita-cita. Saya mahu ke syurga, berkumpul dengan mereka. Ya Allah..

2. Saya mahu jadi Tetamu Allah. InsyaAllah kalau dipermurahkan rezeki. Ingin sekali menunaikan Rukun Islam kelima. Berkumpul bersama keluarga besar saya. Bertemu dengan saudara mara saya dan menumpahkan cinta pada mereka. Melawat tanah kelahiran Rasulullah dan tempat Baginda mula-mula menyampaikan Dakwah Islamiyyah. Tapi, untuk impian ini, saya akan utamakan ibu bapa saya dulu. Moga mereka dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki untuk menunaikan Haji dan Umrah. Insya-Allah. saya juga harap saya berpeluang utuk menunaikan solat di tiga masjid utama Ummat Islam. 





3. Saya mahu mengelilingi dunia! Saya mahu pergi ke tempat-tempat bersejarah di dunia. sama ada sejarah tamadun ummat Islam atau sejarah Tamadun lain. Melihat kesan peninggalan sejarah, dan meluaskan pengetahuan tentangnya. Tak kira di sudut mana dalam dunia, saya mahu pergi ke sana dan melihat sendiri. Saya mahu bertemu dengan masyarakat di sana, belajar sejarah dan peradaban mereka dan mengetahui budaya mereka. Saya juga mahu melawat perpustakaan-perpustakaan yang ada di dunia. Melihat tempat disimpan khazanah keilmuan. Saya sangat menginginkannya.

Athens


Strahov Theological Hall – Prague, Czech Republic


4. Saya mahu pergi ke tempat yang tenang dan selamat. Jauh dari hiruk-pikuk manusia. Sendirian. Di perbukitan, di kawasan tanah lapang dan di kawasan hutan atau air terjun. Saya sentinsa mengangankannya. Walaupun seakan mustahil untuk ke sana, tambahan pula sendirian. Tapi saya berdoa moga Allah izinkan jua. Saya mahu duduk di kawasan bukit,, bersih dan sendirian. Termenung atau membaca buku. Subhanallah.



^_^ May Allah Bless. tapi sejujurnya saya rasa hidup sangat singkat untuk memenuhi semua impian saya ini. Tapi saya akan tetap terus berimpian. :)


No comments:

Post a Comment