Segala puji padaNya.. Selawat dan Salam pada junjunganNya.
Sebenarnya, telah lama hati menggesa untuk serius berblog. Tapi,
atas dasar pelbagai alasan yang direkacipta maka, segala usaha
ditangguhkan. Teruslah aku bahagia dan
tenang dengan alasan-alasan itu.
Sehingga lah pada suatu waktu, aku tersedar dan seolah-olah
hati menegur. Apa yang telah kamu buat untuk agama ini..? Termenung dan
menyedari. Ya..! aku tak berbuat apa-apa. Pengecut dan kedekut untuk
menyampaikan kalimah mulia dan haq ini.
Apa lagi yang kumampu. Hati menegur, agar lebih bersungguh
bekerja, memaksimumkan penggunaan masa dan kemampuan diri.. Ya, serahkan
segalanya untuk agama ini. Kita sememangnya lemah. Mohonlah kekuatan. Jangan kerana
rasa diri lemah, rendah dan tak banyak menyumbang ini, bawa kita makin jauh
dari jalan ini. Wa nau’uzubillah.
Aku tahu aku memang tak mampu menyumbang banyak. Tapi,
kerana cinta dan hidayahNya pada hamba hina ini, membawa aku untuk terus
menetapkan kaki di jalan ini.
Aku rindu Rasulullah SAW, aku rindu Allah. Sangat ingin
bertemu mereka dengan persembahan yang terbaik dalam pertemuan yang terindah. Tapi
hakikat lemahnya diri yang ada waktu lemas dengan tipudaya dunia buat aku
kadang-kadang buta, pekak dan bisu.
Kerana rindu yang turun naik ini, aku sangat ingin sekali
agar mereka yang lain turut merasa.. Betapa indahnya hidup bila hati hanya
mengharapkan pada Yang Maha Kuasa. Betapa bermakna hidup jika hari-hari
menghitung pertemuan dengannya dalam
majlis-majlis ilmu, dan kerja-kerja menyeru.
Bila Dia yang utama.. Agama ini tak akan sanggup diduakan.
No comments:
Post a Comment